Selasa, 28 Disember 2010

HUKUM ANEKSI PESONA

Hukum 'aneksi pesona' dikemukakan oleh sarjana Inggeris, C.A Mees (1955). Aneksi pesona menetapkan peraturan iaitu, tidak ada unsur yang boleh menyelit antara kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua dan kata kerja pasif tanpa awalan dalam ayat pasif. Contoh,
1. Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
1a. Kerja itu saya sudah selesaikan semalam.

2.Perkara itu belum awak putuskan sehingga kini.
2a. Perkara itu awak belum putuskan sehingga kini.

Ulasan:

Ayat 1, menepati hukum aneksi pesona kerana antara kata ganti nama diri pertama 'saya' dan kata kerja tanpa awalan 'selesaikan' tidak ada unsur lain yang menyelit. Dalam ayat 1(a) pula, wujud kata bantu aspek 'sudah' di antara kata ganti nama diri pertama 'saya' dan kata kerja pasif 'selesaikan'. Oleh itu, ayat 1(a) dikatakan tidak gramatis kerana tidak mematuhi hukum aneksi pesona.

Demikianlah juga halnya dengan ayat 2 dan ayat 2 (a). Ayat 2 menepati hukum aneksi pesona kerana tiada unsur yang menyelit antara kata ganti nama diri kedua 'awak' dan kata kerja tanpa awalan 'putuskan'. Ayat 2(a) pula tidak gramatis kerana di antara kata ganti nama diri kedua 'awak' dan kata kerja 'putuskan' wujud kata 'putuskan'.

Wallahuaqlam...bissawwf