Rabu, 28 Disember 2011

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN PK


SEKALUNG BUDI SEUNTAI BAHASA
PENGARAH PELAJARAN PERAK

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah. S.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buku atur cara sempena Pelancaran Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni serta Program Pembudayaan Adab Peringkat negeri perak Tahun 2005.
Sesungguhnya, program yan dilancarkan pada hari ini memang tepat pada masanya iaitu ketika masyarakat kita pada hari ini tidak putus-putus dilanda krisi nilai dan kian terhakisnya budi bahasa yang menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita. Senario yang membimbangkan terutama yang membabitkan remaja dan pelajar-pelajar sekolah seperti meningkatnya perlakuan jenayah, merebaknya penagihan dadah dan meluasnya gejala sosial tentulah dapat mengeruhkan hubungan interpersonal antara masyarakat dan institusi pendidikan serta menjejaskan iklim persekolahan itu sendiri. Justeru, suatu langkah yang tersusun dan bersepadu perlu digembleng daripada semua pihak agar kelangsungan hidup masyarakat kita dapat dipertahankan dan dilestarikan.
                Dalam konteks pendidikan, keruntuhan nilai dan merosotnya amalan berbudi bahasa akan menjelma berbagai-bagai kemungkinan dan dikhuatiri perjuangan masa depan sesuatu bangsa akan terus digerhanai oleh warisan kepimpinan yang lemah dan menjejaskan usaha kerajaan melahirkan generasi yang bermaruah bagi membangunkan negara bangsa yang bertamadun dan bermartabat.
                Bagi pihak Jabatan Pelajaran Perak, saya mengucapkan syabas dan sekalung tahniah kepada Pejabat Pelajaran Hilir Perak serta pihak-pihak yang telah bertungkus-lumus menggembleng tenaga dan idea dalam menjayakan hasrat dan cita-cita murni ini. Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju malamat yang satu iaitu kecemerlangan ilmu dan keilmuan, kegemilangan wawasan serta keterbilangan peradaban bangsa melampaui zamannya.

Sekian, terima kasih.

Lt. Kolonel Ir. Mohammed Zakaria B. Mohd Noor
PMP., AMN., PPT., PPA.
Pengarah Pelajaran Perak

UCAPAN ALU-ALUAN PPD H.PK


SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK

Terlebih dahulu saya merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana kita dapat dapat berkumpul dan memeriahkan agenda prima iaitu Pelancaran Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni Serta Program Pembudayaan Adab Peringkat Negeri Perak tahun 2005. Dalam kesempatan ruang dan peluang yang ada ini, saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perak kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang murni ini.
                Tidak dapat dinafikan bahawa fenomena keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin pelajar-pelajar akhir-akhir ini membimbangkan semua pihak termasuk ibu bapa. Kebimbangan ibu bapa memang ada asasnya jika dilihat daripada peningkatan jumlah kes pada setiap tahun dan bentuk salah laku yang dilaporkan begitu mengejutkan dan di luar batas kemampuan perlakuan seorang manusia yang masih di bangku sekolah.
                Gejala penagihan dadah, perlakuan vandalisme, gangsterisme, dan jenayah berat yang lain seolah-olah telah menjadi budaya yang sukar dibendung. Pengaruh budaya cosmopolitan natijah daripada percikan globalisasi telah menyebabkan pelajar-pelajar tersasar hala tuju dan tercalar maruah diri. Budaya penyayang dan hormat pada yang tua semakin terhakis, tradisi bantu-membantu pada yang memerlukan, bersyukur dan berterima kasih pada yang memberi sudah tidak dipedulikan dan dipinggirkan. Gaya hidup berpaksikan kemajuan fizikal semata-mata telah mendominasikan seluruh ruang lingkup kehidupan masa kini. Nilai hidup bertunjangkan akar budaya masyarakat tradisi semakin rapuh dan tidak dihargai.
                Pelancaran program sebegini sangat relevan dengan keadaan semasa dan penglibatan semua pihak pastinya dapat mengangkat dan memperkasakan dunia pendidikan dan dapat mengembalikan keluhuran peribadi para pelajar kita.
                Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perak kerana meletakkan kepercayaan pada daerah Hilir perak dalam menunaikan amanah ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak-pihak yang membantu dari segi sumbangan material dan idea bagi menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian dan terima kasih.

Hj. Muhamat Roli B. Hj. Hassan AMP
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

Khamis, 10 Mac 2011

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

KEMAHIRAN 1: Menukar ayat aktif menjadi ayat pasif

Ayat aktif transitif ialah;

  1. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif

  2. Mengutamakan subjek asal sebagai judul

Formula susunan ayat aktif :

Subjek (Frasa Nama) + kata kerja aktif transitif + Objek + Keterangan


bil

Subjek

(Frasa Nama)

predikat

Kata kerja transitif

Objek tepat

Objek sipi

Keterangan

1

Pelajar itu

menyepak

bola


dengan deras

2

Kakak

memasak

bubur kacang


semalam

3

Kakak

memetik

bunga


di taman bunga

4

Perdana Menteri

merasmikan

sekolah


pada sebelah petang

5

Perempuan itu

menyikat

rambut

anaknya


Ayat pasif ialah;

  1. Ayat yang mengandungi kata kerja pasif

  2. Ayat yang mengutamakan objek sebagai judul

Formula susunan ayat pasif:

Subjek (objek) + di + kata kerja pasif + oleh + frasa nama + keterangan

bil

Subjek

(objek)

predikat

di + Kata kerja pasif

oleh + Frasa Nama

Objek

Keterangan

1

Bola

disepak

oleh pelajar itu


dengan deras

2

Bubur kacang

dimasak

oleh kakak


semalam

3

Bunga

dipetik

oleh kakak


di taman bunga

4

Sekolah

dirasmikan

oleh Perdana Menteri


pada sebelah petang

5

Rambut anaknya

disikat

oleh perempuan itu




Mahir SPM 1:

Tukarkan ayat aktif di bawah ini supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Pelajar itu sedang membaca buku.

  2. Guru meletakkan kereta mewahnya di belakang rumah.

  3. Ayah menonton televisyen hingga lewat malam.

(6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3






Mahir SPM 2 :

Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Setiap petang emak akan menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.

  2. Pelatih Program Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.

  3. Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.


( 6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3






Mahir SPM 3:

Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif yang betul tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Pekerja restoran itu melayan kami dengan mesra.

  2. Model terkenal itu menggunakan losyen berjenama untuk melembutkan kulitnya.

  3. Beberapa orang murid sekolah rendah telah memecahkan beberapa keping cermin tingkap.

(6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3






Mahir SPM 4:

Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif yang betul tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Emak membakar sampah di belakang rumah.

  2. Pihak polis memberkas beberapa orang penjenayah yang amat dikehendaki.

  3. Awak perlu jelaskan semua bayaran bil tertunggak sebelum akhir bulan ini.

(6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3






Mahir SPM 5:

Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kita perlu melaksanakan semua tugas dengan hati yang ikhlas.

2. Mak Temah membeli barang keperluan harian di Pasar Tani Teluk Intan.

3. Para peminat bola sepak kelantan mula membanjiri Stadium Bukit Jalil sejak petang tadi.

( 6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3



















































Sabtu, 12 Februari 2011

MAHIR SPM DALAM HUTAN RIMBA

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Jerit, pekik, laungan, kicauan, ciapan dan desisan para penghuni rimba bercampur-aduk dengan deruan jentolak jenama Caterpillar yang dipandu oleh Pak Tua. Asap hitam terus terhembus keluar lewat cerobongnya yang sudah semakin hitam. Setiap kali jentolak berwarna kuning itu bergerak ganas menindas dan menggilas apa-apa saja objek yang dilaluinya, setiap kali itu pula cerobong yang semakin hitam itu akan menghembuskan kepulan asap yang juga tidak kurang hitamnya. Kedengaran hingar bingar sekali dan ditingkah bunyi kerikan dahan yang patah. Rotan, banir dan akar yang berjuntaian direntap kasar, tidak mampu menahan terjahan kenderaan berat itu.

Kera dan monyet melompat lalu bergayutan dan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau, dan kijang, namun ada juga yang tidak sempat menyelamatkan diri. Ayam hutan dan burung-burung terbang membelah udara. Kabus perlahan-lahan meruap naik ke udara. Terik mentari yang memanah kini menghangatkan maya.

Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air bening mengalir di sudut kelopak mata.


(Diubah suai daripada cerpen Hutan Rimba (m/s166-167)

dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku)


Latihan SPM 1:


Berdasarkan petikan cerpen tersebut, senaraikan kesan daripada aktiviti pembangunan.


1.__________________________________________________________________

2.__________________________________________________________________

3.__________________________________________________________________

4.__________________________________________________________________

5.__________________________________________________________________


Latihan SPM 2:


Bina rumusan berdasarkan kesan-kesan yang disenaraikan di atas.


Petikan membincangkan______________________________________________. Antara kesan aktiviti pembangunan ialah__________________________________________. Kesan seterusnya ialah_____________________________________________. Selain itu pembangunan akan menyebabkan____________________________________. Kesan yang terakhir ialah______________________________________________. Secara holistiknya, kegiatan pembangunan __________________________________________________________________.


Latihan SPM 3:


Analisis ayat-ayat berikut supaya menjadi dua ayat tunggal.


  1. Ayam hutan dan burung-burung terbang membelah udara

    Ayat tunggal (i)_____________________________________________

    Ayat tunggal (ii)____________________________________________


Latihan SPM 4:

Bina satu ayat bagi setiap kata di bawah ini.

    (I) Bercampur-aduk

    (ii) hingar bingar

    (iii) perlahan-lahan

    (iv) terketar-ketar


Latihan SPM 5:


Berdasarkan petikan huraikan 2 persoalan berserta contoh-contohnya sekali.


  1. pencemaran alam

    Contohnya:______________________________________________________

  2. kemusnahan hutan

    Contohnya:______________________________________________________


Latihan SPM 6:


Baca petikan berikut dengan teliti. Kemudian senaraikan 2 peribahasa yang berkaitan dengan situasi dalam petikan.


Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air bening mengalir di sudut kelopak


1._______________________________________


2._______________________________________