Rabu, 28 Disember 2011

UCAPAN ALU-ALUAN PPD H.PK


SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK

Terlebih dahulu saya merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana kita dapat dapat berkumpul dan memeriahkan agenda prima iaitu Pelancaran Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni Serta Program Pembudayaan Adab Peringkat Negeri Perak tahun 2005. Dalam kesempatan ruang dan peluang yang ada ini, saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perak kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang murni ini.
                Tidak dapat dinafikan bahawa fenomena keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin pelajar-pelajar akhir-akhir ini membimbangkan semua pihak termasuk ibu bapa. Kebimbangan ibu bapa memang ada asasnya jika dilihat daripada peningkatan jumlah kes pada setiap tahun dan bentuk salah laku yang dilaporkan begitu mengejutkan dan di luar batas kemampuan perlakuan seorang manusia yang masih di bangku sekolah.
                Gejala penagihan dadah, perlakuan vandalisme, gangsterisme, dan jenayah berat yang lain seolah-olah telah menjadi budaya yang sukar dibendung. Pengaruh budaya cosmopolitan natijah daripada percikan globalisasi telah menyebabkan pelajar-pelajar tersasar hala tuju dan tercalar maruah diri. Budaya penyayang dan hormat pada yang tua semakin terhakis, tradisi bantu-membantu pada yang memerlukan, bersyukur dan berterima kasih pada yang memberi sudah tidak dipedulikan dan dipinggirkan. Gaya hidup berpaksikan kemajuan fizikal semata-mata telah mendominasikan seluruh ruang lingkup kehidupan masa kini. Nilai hidup bertunjangkan akar budaya masyarakat tradisi semakin rapuh dan tidak dihargai.
                Pelancaran program sebegini sangat relevan dengan keadaan semasa dan penglibatan semua pihak pastinya dapat mengangkat dan memperkasakan dunia pendidikan dan dapat mengembalikan keluhuran peribadi para pelajar kita.
                Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perak kerana meletakkan kepercayaan pada daerah Hilir perak dalam menunaikan amanah ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak-pihak yang membantu dari segi sumbangan material dan idea bagi menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian dan terima kasih.

Hj. Muhamat Roli B. Hj. Hassan AMP
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

Khamis, 10 Mac 2011

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

KEMAHIRAN 1: Menukar ayat aktif menjadi ayat pasif

Ayat aktif transitif ialah;

  1. Ayat yang mengandungi kata kerja transitif

  2. Mengutamakan subjek asal sebagai judul

Formula susunan ayat aktif :

Subjek (Frasa Nama) + kata kerja aktif transitif + Objek + Keterangan


bil

Subjek

(Frasa Nama)

predikat

Kata kerja transitif

Objek tepat

Objek sipi

Keterangan

1

Pelajar itu

menyepak

bola


dengan deras

2

Kakak

memasak

bubur kacang


semalam

3

Kakak

memetik

bunga


di taman bunga

4

Perdana Menteri

merasmikan

sekolah


pada sebelah petang

5

Perempuan itu

menyikat

rambut

anaknya


Ayat pasif ialah;

  1. Ayat yang mengandungi kata kerja pasif

  2. Ayat yang mengutamakan objek sebagai judul

Formula susunan ayat pasif:

Subjek (objek) + di + kata kerja pasif + oleh + frasa nama + keterangan

bil

Subjek

(objek)

predikat

di + Kata kerja pasif

oleh + Frasa Nama

Objek

Keterangan

1

Bola

disepak

oleh pelajar itu


dengan deras

2

Bubur kacang

dimasak

oleh kakak


semalam

3

Bunga

dipetik

oleh kakak


di taman bunga

4

Sekolah

dirasmikan

oleh Perdana Menteri


pada sebelah petang

5

Rambut anaknya

disikat

oleh perempuan itu




Mahir SPM 1:

Tukarkan ayat aktif di bawah ini supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Pelajar itu sedang membaca buku.

  2. Guru meletakkan kereta mewahnya di belakang rumah.

  3. Ayah menonton televisyen hingga lewat malam.

(6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3






Mahir SPM 2 :

Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Setiap petang emak akan menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.

  2. Pelatih Program Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.

  3. Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.


( 6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3






Mahir SPM 3:

Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif yang betul tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Pekerja restoran itu melayan kami dengan mesra.

  2. Model terkenal itu menggunakan losyen berjenama untuk melembutkan kulitnya.

  3. Beberapa orang murid sekolah rendah telah memecahkan beberapa keping cermin tingkap.

(6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3






Mahir SPM 4:

Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif yang betul tanpa mengubah maksud asalnya.

  1. Emak membakar sampah di belakang rumah.

  2. Pihak polis memberkas beberapa orang penjenayah yang amat dikehendaki.

  3. Awak perlu jelaskan semua bayaran bil tertunggak sebelum akhir bulan ini.

(6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3






Mahir SPM 5:

Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kita perlu melaksanakan semua tugas dengan hati yang ikhlas.

2. Mak Temah membeli barang keperluan harian di Pasar Tani Teluk Intan.

3. Para peminat bola sepak kelantan mula membanjiri Stadium Bukit Jalil sejak petang tadi.

( 6 markah)

bil

Subjek (objek)

Predikat

di + Kata kerja pasif

oleh+Frasa nama

Keterangan

1





2





3



















































Sabtu, 12 Februari 2011

MAHIR SPM DALAM HUTAN RIMBA

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Jerit, pekik, laungan, kicauan, ciapan dan desisan para penghuni rimba bercampur-aduk dengan deruan jentolak jenama Caterpillar yang dipandu oleh Pak Tua. Asap hitam terus terhembus keluar lewat cerobongnya yang sudah semakin hitam. Setiap kali jentolak berwarna kuning itu bergerak ganas menindas dan menggilas apa-apa saja objek yang dilaluinya, setiap kali itu pula cerobong yang semakin hitam itu akan menghembuskan kepulan asap yang juga tidak kurang hitamnya. Kedengaran hingar bingar sekali dan ditingkah bunyi kerikan dahan yang patah. Rotan, banir dan akar yang berjuntaian direntap kasar, tidak mampu menahan terjahan kenderaan berat itu.

Kera dan monyet melompat lalu bergayutan dan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau, dan kijang, namun ada juga yang tidak sempat menyelamatkan diri. Ayam hutan dan burung-burung terbang membelah udara. Kabus perlahan-lahan meruap naik ke udara. Terik mentari yang memanah kini menghangatkan maya.

Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air bening mengalir di sudut kelopak mata.


(Diubah suai daripada cerpen Hutan Rimba (m/s166-167)

dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku)


Latihan SPM 1:


Berdasarkan petikan cerpen tersebut, senaraikan kesan daripada aktiviti pembangunan.


1.__________________________________________________________________

2.__________________________________________________________________

3.__________________________________________________________________

4.__________________________________________________________________

5.__________________________________________________________________


Latihan SPM 2:


Bina rumusan berdasarkan kesan-kesan yang disenaraikan di atas.


Petikan membincangkan______________________________________________. Antara kesan aktiviti pembangunan ialah__________________________________________. Kesan seterusnya ialah_____________________________________________. Selain itu pembangunan akan menyebabkan____________________________________. Kesan yang terakhir ialah______________________________________________. Secara holistiknya, kegiatan pembangunan __________________________________________________________________.


Latihan SPM 3:


Analisis ayat-ayat berikut supaya menjadi dua ayat tunggal.


  1. Ayam hutan dan burung-burung terbang membelah udara

    Ayat tunggal (i)_____________________________________________

    Ayat tunggal (ii)____________________________________________


Latihan SPM 4:

Bina satu ayat bagi setiap kata di bawah ini.

    (I) Bercampur-aduk

    (ii) hingar bingar

    (iii) perlahan-lahan

    (iv) terketar-ketar


Latihan SPM 5:


Berdasarkan petikan huraikan 2 persoalan berserta contoh-contohnya sekali.


  1. pencemaran alam

    Contohnya:______________________________________________________

  2. kemusnahan hutan

    Contohnya:______________________________________________________


Latihan SPM 6:


Baca petikan berikut dengan teliti. Kemudian senaraikan 2 peribahasa yang berkaitan dengan situasi dalam petikan.


Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air bening mengalir di sudut kelopak


1._______________________________________


2._______________________________________

Selasa, 28 Disember 2010

HUKUM ANEKSI PESONA

Hukum 'aneksi pesona' dikemukakan oleh sarjana Inggeris, C.A Mees (1955). Aneksi pesona menetapkan peraturan iaitu, tidak ada unsur yang boleh menyelit antara kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua dan kata kerja pasif tanpa awalan dalam ayat pasif. Contoh,
1. Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
1a. Kerja itu saya sudah selesaikan semalam.

2.Perkara itu belum awak putuskan sehingga kini.
2a. Perkara itu awak belum putuskan sehingga kini.

Ulasan:

Ayat 1, menepati hukum aneksi pesona kerana antara kata ganti nama diri pertama 'saya' dan kata kerja tanpa awalan 'selesaikan' tidak ada unsur lain yang menyelit. Dalam ayat 1(a) pula, wujud kata bantu aspek 'sudah' di antara kata ganti nama diri pertama 'saya' dan kata kerja pasif 'selesaikan'. Oleh itu, ayat 1(a) dikatakan tidak gramatis kerana tidak mematuhi hukum aneksi pesona.

Demikianlah juga halnya dengan ayat 2 dan ayat 2 (a). Ayat 2 menepati hukum aneksi pesona kerana tiada unsur yang menyelit antara kata ganti nama diri kedua 'awak' dan kata kerja tanpa awalan 'putuskan'. Ayat 2(a) pula tidak gramatis kerana di antara kata ganti nama diri kedua 'awak' dan kata kerja 'putuskan' wujud kata 'putuskan'.

Wallahuaqlam...bissawwf

Selasa, 5 Oktober 2010

KARANGAN HAFALAN 2010

Tajuk: Kerajaan menggalakkan kita supaya berjimat-cermat. Sebagai pelajar, nyatakan cara-cara anda berjimat-cermat.

Pendahuluan:

Kerajaan menggalakkan kita supaya berjimat-cermat. Sebagai pelajar, saya mesti berjimat-cermat. Ada banyak cara berjimat-cermat.

Perenggan 1:
1.Saya mesti berjimat-cermat.Saya simpan wang belanja sekolah. Saya simpan dalam tabung. Saya mesti simpan wang. Saya beli buku sekolah. Saya beli peralatan sekolah.

Perenggan 2:
Sebagai pelajar saya mesti berjimat-cermat. Saya tidak boleh boros. Boros sikap tidak baik. Saya beli barang keperluan sahaja. Bapa saya hidup susah. Emak saya hidup susah. Saya juga hidup susah. Saya mesti berjimat-cermat.

Perenggan 3:
Sebagai pelajar, saya mesti berjimat-cermat. Saya tidak boleh membazirkan elektrik. Saya tidak akan membazirkan elektrik. Saya mesti berjimat-cermat. Saya pasang lampu ketika perlu sahaja. Saya pasang kipas ketika perlu sahaja. Saya tutup lampu apabila keluar rumah. Saya tutup kipas apabila keluar rumah.

Perenggan 4:
Sebagai pelajar, saya mesti berjimat-cermat. Saya tidak membazirkan air. Saya gunakan air untuk mandi. Saya gunakan air untuk minum. Saya gunakan air untuk mencuci baju. Saya gunakan air untuk mencuci seluar. Saya mesti berjimat-cermat menggunakan air.

Perenggan 5:
Sebagai pelajar, saya mesti berjimat-cermat. Saya makan nasi apabila lapar sahaja. Saya tidak boleh membazir. Saya tidak suka membazir. Saya mesti berjimat-cermat. Saya simpan wang belanja sekolah. Saya tidak boleh boros berbelanja. Saya tidak boleh membazirkan elektrik. Saya tidak membazirkan air.

Perenggan Penutupan: (penyataan bahagian pendahuluan)
Kerajaan menggalakkan kita supaya berjimat-cermat. Sebagai pelajar, saya mesti berjimat-cermat. Berjimat-cermat amalan mulia. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis


LATIHAN 1:
Fokus: Kata nama

Lengkapkan petikan berikut dengan kata nama yang sesuai. Sila rujuk petikan asal jika anda terlupa.


Tajuk: Kerajaan menggalakkan kita supaya berjimat-cermat. Sebagai pelajar, nyatakan cara-cara anda berjimat-cermat.

Kerajaan menggalakkan kita supaya berjimat-cermat. Sebagai _____, kita mesti berjimat-cermat. Berjimat-cermat amalan mulia. Saya mesti berjimat-cermat. Banyak cara berjimat-cermat.

1.Saya mesti berjimat-cermat.Saya simpan ____ belanja. Saya simpan dalam ______. Saya mesti simpan wang. Saya beli _____ sekolah. Saya beli ______ sekolah.

Sebagai pelajar saya mesti berjimat-cermat. Saya tidak boleh boros. Saya tidak boleh boros berbelanja. Saya beli barang keperluan sahaja. Bapa saya hidup susah. Emak saya hidup susah. Saya juga hidup susah. Saya mesti berjimat-cermat.

Sebagai pelajar, saya mesti berjimat-cermat. Saya tidak boleh membazirkan elektrik. Saya tidak akan membazirkan elektrik. Saya mesti berjimat-cermat. Saya pasang_____ ketika perlu sahaja. Saya pasang _____ ketika perlu sahaja. Saya tutup lampu apabila keluar rumah. Saya tutup kipas apabila keluar rumah.

Sebagai pelajar, saya mesti berjimat-cermat. Saya tidak membazirkan ______. Saya gunakan air untuk mandi. Saya gunakan ____ untuk minum. Saya gunakan air untuk mencuci ______. Saya gunakan air untuk mencuci ______. Saya mesti berjimat-cermat menggunakan air.

Sebagai pelajar, saya mesti berjimat-cermat. Saya makan _____ apabila lapar sahaja. Saya tidak boleh membazir. Saya tidak suka membazir. Saya mesti berjimat-cermat. Saya simpan _____ belanja persekolahan. Saya tidak boleh boros berbelanja. Saya tidak boleh membazirkan elektrik. Saya tidak membazirkan air.

Perenggan Penutupan: (penyataan bahagian pendahuluan)

Sebagai seorang pelajar, kita digalakkan supaya berjimat-cermat. Saya mesti berjimat-cermat. Berjimat-cermat amalan mulia. Banyak faedah jika kita berjimat-cermat.

KARANGAN HAFALAN 2010

Tajuk:
Ibu bapa merupakan insan yang berjasa dalam hidup kita.
Pada pendapat anda,bagaimanakah membalas jasa ibu bapa.
Tuliskan pendapat anda itu selengkapnya.

Perenggan 1:
Ibu berjasa kepada saya. Ibu melahirkan saya. Ibu memelihara saya. Ibu memasak makanan untuk saya. Ibu menjaga makan minum saya. Ibu sayang akan saya. Saya anak emas ibu.

Perenggan 2:
Saya juga ada bapa. Bapa juga berjasa kepada saya. Bapa saya rajin. Dia sudah tua. Umurnya enam puluh tahun. Setiap hari dia pergi kerja. Dia pergi kerja naik kereta. Pada hari Ahad bapa tidak bekerja. Dia berehat. Bapa bekerja mencari wang.

Perenggan 3:
Saya sayang ibu. Saya mesti balas jasa ibu. Saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Saya mahu lulus dalam peperiksaan. Saya mahu membalas jasa ibu. Saya mahu belikan ibu rumah. Saya mahu hidup senang. Saya mahu ibu hidup senang.

Perenggan 4:
Saya sayang bapa. Saya mesti balas jasa bapa. Saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya mahu jadi pandai. Saya akan balas jasa bapa. Saya akan belikan bapa kereta baharu. Kereta bapa sudah buruk. Saya mahu bapa hidup senang.

Perenggan 5:
Saya mesti balas jasa ibu. Ibu sudah tua. Umurnya lima puluh tahun. Semasa cuti, saya tolong ibu. Saya akan tolong ibu memasak. Saya tolong ibu mengemas rumah. Saya tolong ibu menyapu sampah. Saya tolong ibu mencuci pakaian.

Perenggan 6:
Saya akan balas jasa bapa. Bapa sudah tua. Umurnya enam puluh tahun. Semasa cuti, saya tolong bapa. Saya tolong bapa mencuci kereta. Saya tolong bapa menebas rumput.

Perenggan 7:
Kadang-kadang ibu sakit. Ibu batuk-batuk. Ibu tidak bekerja. Ibu tidak memasak makanan. Saya tolong ibu. Saya memasak makanan. Nanti bapa balik. Dia mahu makan. Saya juga mahu makan.

Perenggan 8:
Kalau bapa sakit, saya susah hati. Bapa tidak pergi bekerja. Saya tiada wang. Saya tiada wang untuk makan. Saya tidak boleh pergi sekolah. Saya tidak boleh bayar tambang bas. Bapa tiada wang untuk membeli beras. Saya kasihan pada bapa. Saya mesti tolong bapa. Kadang-kadang saya ponteng sekolah. Saya bekerja. Saya mahu cari wang. Saya mahu bantu bapa. Saya mahu tolong ibu.



AKTIVITI 1:
Fokus : Kata ganti nama diri

Arahan:
Baca petikan berikut dengan teliti. Kemudian, lengkapkan ruangan kosong dengan kata ganti nama diri.

Perenggan 1:
Ibu berjasa kepada ____. Ibu melahirkan ____. Ibu memelihara ____. Ibu memasak makanan untuk ____. Ibu menjaga makan minum ____. Ibu sayang akan ____. Saya anak emas ___.

Perenggan 2:
Saya juga ada _____. Bapa juga berjasa kepada ____. Bapa ____ rajin. Dia sudah tua. Umur___ enam puluh tahun. Setiap hari _____ pergi kerja. Dia pergi kerja naik kereta. Pada hari Ahad ____ tidak bekerja. Dia berehat. Bapa bekerja mencari wang.

Perenggan 3:
Saya sayang ____. Saya mesti balas jasa ____. Saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Saya mahu lulus dalam peperiksaan. Saya mahu membalas jasa _____. Saya mahu belikan ___ rumah. Saya mahu hidup senang. Saya mahu ____ hidup senang.

Perenggan 4:
Saya sayang _____. Saya mesti balas jasa ____. Saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya mahu jadi pandai. Saya akan balas jasa _____. Saya akan belikan ____ kereta baharu. Kereta ____ sudah buruk. Saya mahu _____ hidup senang.

Perenggan 5:
Saya mesti balas jasa ____. Ibu sudah tua. Umurnya lima puluh tahun. Semasa cuti, saya tolong ____. Saya akan tolong ____ memasak. Saya tolong ____ mengemas rumah. Saya tolong ____ menyapu sampah. Saya tolong _____ mencuci pakaian.

Perenggan 6:
Saya akan balas jasa _____. Bapa sudah tua. Umur___ enam puluh tahun. Semasa cuti, saya tolong ____. Saya tolong ____ mencuci kereta. Saya tolong _____ menebas rumput.

Perenggan 7:
Kadang-kadang ____ sakit. Ibu batuk-batuk. Ibu tidak bekerja. Ibu tidak memasak makanan. Saya tolong ____. Saya memasak makanan. Nanti ____ balik. Dia mahu makan. Saya juga mahu makan.

Perenggan 8:
Kalau ____sakit, saya susah hati. Bapa tidak pergi bekerja. Saya tiada wang. Saya tiada wang untuk makan. Saya tidak boleh pergi sekolah. Saya tidak boleh bayar tambang bas. Bapa tiada wang untuk membeli beras. Saya kasihan pada ____. Saya mesti tolong ____. Kadang-kadang _____ ponteng sekolah. Saya bekerja. Saya mahu cari wang. Saya mahu bantu _____. Saya mahu tolong _____.


AKTIVITI 2:
Fokus : Kata kerja

Arahan:
Baca petikan berikut dengan teliti. Kemudian, lengkapkan ruangan kosong dengan kata kerja

Perenggan 1:
Ibu ______ kepada saya. Ibu ________ saya. Ibu ________ saya. Ibu _______ makanan untuk saya. Ibu _______ makan minum saya. Ibu sayang akan saya. Saya anak emas ibu.

Perenggan 2:
Saya juga ada bapa. Bapa juga ______kepada saya. Bapa saya rajin. Dia sudah tua. Umurnya enam puluh tahun. Setiap hari dia pergi ______. Dia _____ kerja _____ kereta. Pada hari Ahad bapa tidak ______. Dia _____. Bapa bekerja ______ wang.

Perenggan 3:
Saya sayang ibu. Saya mesti ____ jasa ibu. Saya mesti ______ bersungguh-sungguh. Saya mahu _____ dalam peperiksaan. Saya mahu _____ jasa ibu. Saya mahu ______ ibu rumah. Saya ____ hidup senang. Saya mahu ibu hidup senang.

Perenggan 4:
Saya sayang bapa. Saya mesti _____ jasa bapa. Saya akan _____ bersungguh-sungguh. Saya mahu ____ pandai. Saya akan balas jasa bapa. Saya akan belikan bapa kereta baharu. Kereta bapa sudah buruk. Saya mahu bapa hidup senang.

Perenggan 5:
Saya mesti _____ jasa ibu. Ibu sudah tua. Umurnya lima puluh tahun. Semasa cuti, saya _____ ibu. Saya akan _____ ibu memasak. Saya _____ ibu mengemas rumah. Saya tolong ibu _____ sampah. Saya tolong ibu _______pakaian.

Perenggan 6:
Saya akan _____ jasa bapa. Bapa sudah tua. Umurnya enam puluh tahun. Semasa cuti, saya _____ bapa. Saya tolong bapa _______ kereta. Saya tolong bapa _______ rumput.

Perenggan 7:
Kadang-kadang ibu sakit. Ibu batuk-batuk. Ibu tidak ______. Ibu tidak ______ makanan. Saya _____ ibu. Saya _________ makanan. Nanti bapa balik. Dia mahu ______. Saya juga _____ makan.

Perenggan 8:
Kalau bapa sakit, saya susah hati. Bapa tidak pergi ______. Saya tiada wang. Saya tiada wang untuk _______. Saya tidak boleh _____ sekolah. Saya tidak boleh _____ tambang bas. Bapa tiada wang untuk _______beras. Saya kasihan pada bapa. Saya mesti ______ bapa. Kadang-kadang saya _______ sekolah. Saya ______. Saya mahu _______wang. Saya mahu _____ bapa. Saya mahu _______ ibu.

Ahad, 4 April 2010

KOMSAS TINGKATAN 3

TAJUK: RUMAH BARU

Telah kita siapkan rumah baru
untuk anak-anak berteduh
kerana kita diamanah
mendewasakan mereka
menjadi warga bijaksana
menjelang tahun wawasan.

Telah kita siapkan rumah baru
di atas tiang muafakat
air, pasir, dan simen
dari tangan pelbagai bangsa
negara yang tumbuh
atas bumi toleransi

Telah kita siapkan rumah baru
berwajah kebangsaan
agar penghuni saling ramah
rajin memberi dan menerima
juadah kesejahteraan
sampai akhir zaman.

Harun A.H
Antologi Anak Bumi Tercinta, 2001


ANALISIS STRUKTUR SAJAK

A. TEMA
- Sajak ini bertemakan tanggungjawab rakyat dalam menjayakan wawasan negara.

B. PERSOALAN
- Tanggungjawab rakyat dalam mengisi pembangunan negara
- Perpaduan merupakan elemen penting dalam negara majmuk
- kegigihan generasi terdahulu dalam memerdekakan negara ini
- Sikap toleransi amat penting dalam hidup bermasyarakat
- Kesejahteraan hidup masyarakat

C. GAYA BAHASA
- asonansi
Cth:menjelang tahun wawasan (perulangan vokal 'a')
- aliterasi
Cth:rajin memberi dan menerima (perulangan konsonan 'm')
- metafora
cth:tiang muafakat, juadah kesejahteraan
- simbol
cth:'rumah baru' bermaksud negara

D. MAKSUD FRASA
- toleransi
maksudnya: bertolak ansur
- berwajah kebangsaan
maksudnya: memiliki identiti kebangsaan
Cth: Bahasa Melayu merupakan nidentiti kebangsaan kita
- rajin memberi dan menerima
maksudnya: kesanggupan kita tolong-menolong dan bekerjasama
- juadah kesejahteraan
maksudnya: nikmat hidup bermasyarakat

Soalan pemahaman

1.Tema sajak Rumah Baru ialah____________________
A.sains dan teknologi B.pembangunan masyarakat
C.kekeluargaan dan persahabatan D.kemanusiaan dan kemasyarakatan

2.Apakah maksud Rangkap 2 sajak di atas?
A.Negara yang ada sekarang hasil perjuangan generasi lampau
B.perpaduan kaum berupaya membentuk negara yang stabil
C.Negara yang merdeka akan kekal sekiranya rakyat bertolak ansur
D.Kemajuan negara berteraskan penduduk yang mesra dan saling menolong

3.Frasa 'Rumah baru' bermaksud________________
A.Rumah yang baru dibeli B.rumah yang baru dibina
C.negara yang berwawasan D.negara baru mencapai kemerdekasan

4. Semua kenyataan berikut benar mengenai sajak Rumah Baru, KECUALI,
A.bentuk sajak ini bebas
B.rima akhir bebas
C.enam baris setiap rangkap
D.setiap baris ada 10 suku kata

5.Frasa 'tiang muafakat' dalam perenggan ke-2, baris ke-2, merupakan gaya bahasa,
A. asonansi
B. aliterasi
C. metafora
D. personifikasi