Sabtu, 22 September 2012

UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG




SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

PADA KESEMPATAN INI SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KERANA DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA DALAM BUKU ATUR CARA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK SERI KANDI. SAYA INGIN MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEPADA ALLAH S.A.W KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA DAPAT KITA BERTEMU DAN BERKUMPUL PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI.

SEBAGAIMANA TAHUN-TAHUN YANG BERLALU, MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MERUPAKAN AGENDA TAHUNAN SEKOLAH. PROGRAM SEUMPAMA INI DIADAKAN BAGI MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN KEPADA PARA PELAJAR YANG TELAH MENUNJUKKAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK SAHSIAH, DAN KOKURIKULUM SEKALI GUS MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI PERINGKAT DAERAH MAHUPUN DI PERINGKAT NEGERI.

SELAKU PENGETUA, SAYA TURUT BERASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAK TUAN-TUAN. OLEH ITU, TERUSKANLAH KECEMERLANGAN YANG DICITA-CITAKAN KERANA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN BUKANLAH SUATU DESTINASI TETAPI SUATU PERJALANAN DAN KEMBARA YANG TIDAK ADA BATAS SEMPADANNYA. MAKSUDNYA, KECEMERLANGAN HENDAKLAH MENJADI BUDAYA DAN MENDARAH DAGING DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN DAN TIDAK TERHENTI SETELAH KITA MENAMATKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN.

UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN PERLULAH ADA KESEPAKATAN BAK AUR DENGAN TEBING. DI PERINGKAT SEKOLAH, KITA TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK SELARAS DENGAN ETIKA DAN PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN. JUSTERU, PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU DAN TINDAK IKUT DARIPADA IBU BAPA, KELUARGA DAN MASYARAKAT AMAT DIPERLUKAN SUPAYA MATLAMAT PENDIDIKAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI BAGI MENGISI WAWASAN NEGARA AKAN TERCAPAI.

AKHIRNYA, SEKALUNG PENGHARGAAN TURUT DIUCAPKAN KEPADA PIBG, DAN IBU BAPA KERANA TIDAK JEMU-JEMU MEMBANTU DARI SEGI MATERIAL DAN SOKONGAN MORAL HINGGA KITA BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS SEUMPAMA INI. SEGALA JASA DAN BUDI BAIK TUAN-TUAN HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.

SEKIAN. SAYA SUDAHI DENGAN LAFAZ WABILLAITAUFIQ WALHIDAYAH. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH.

TERIMA KASIH.

SALAM HORMAT DARIPADA

HJ. ZULKURNAINI HUSSIN
PENGETUA
SMK SERI KANDI




Ucapan perpisahan



SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG
SIRIH DARI PULAU MUTIARA
PEMBUKA KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis kita dirahati ilahi

YANG BERUSAHA DAN YANG DIRAIKAN – TN HJ. RADZI BIN ISMAIL
YANG DIHORMATI TN HJ. ZAMHANA BIN HJ ISMAIL – YDP PIBG SMKSK
TN. HJ. MASRI PEN. YDP
GURU-GURU PENOLONG KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
GURU-GURU DAN SETERUSNYA MURID-MURID YANG DIKASIHI.
TANAM PISANG BERSAMA CIKU
TANAM BIAR DEKAT-DEKAT
MARILAH KITA MEMOHON RESTU
AGAR MAJLIS MENDAPAT BERKAT

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh USTAZ IMAM SUBUKI

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ustaz imam subuki atas bacaan doa itu tadi.


Pertemuan berlaku
Di penjuru matamu
Yang ungu lalu membiru

Pertemuan berlalu
Di penjuru dadaku
Yang sayu lalu terharu.



Alhamdulillah, syukur kpd allah kerana kita diberi kesempatan berkumpul pada pagi ini bagi memberi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd radzi atas khidmat bakti beliau mengemudi seri kandi selama ……………
Beliau akan berpindah tempat bertugas tetapi masih di bawah payung yang sama, dan tempat bertugas baru beliau ialah SMK Khir Johari Sg.Sumun Perak.
Sebagai guru dan murid-murid, kita akan kehilangan seorang pengetua  yang prihatin yang lowprofile,


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan wakil pelajar.
Di jemput………………………………………….

Berikut ucapan daripada YDP PIBG, iaitu ………………………………….
Dengan hormatnya dipersilakan

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan daripada tn. Hj. Mohd radzi ismail
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.

Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi masalah
  kadang-kaadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita bergandingan tangan.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pada kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang  mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.




Ahad, 8 April 2012

UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012


UCAPAN ALU-ALUAN HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK TAHUN 2012

YANG MULIA TUAN PENGERUSI MAJLIS, YANG BERBAHAGIA EN. SAIFUL ADLI BIN DATO HJ.MOHD ARSHAD, AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI GERAKAN BELIA 4B MSIA, PENGETUA-PENGETUA  SMK DAERAH HILIR PERAK, YANG DIHORMATI TN. HJ. ZAMHANA BIN  HJ. ISMAIL PENGERUSI PIBG SMK SERI KANDI , AJK PIBG, GURU-GURU, IBU-IBU BAPA, SETERUSNYA PELAJAR-PELAJAR PENERIMA-PENERIMA HADIAH YANG DIKASIHI

ASSALAMUALAIKM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA,

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA EN. SAIFUL ADLI BIN DATO ARSHAD KERANA SUDI MELAPANGKAN WAKTU HADIR DALAM MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK TAHUN 2012 PADA PETANG INI.  KITA SEDIA MAKLUM BAHAWA BELIAU MEMPUNYAI MASA YANG TERHAD DAN JADUAL KERJA YANG PADAT, NAMUN BELIAU MASIH MEMPERUNTUKKAN RUANG  UNTUK MENERIMA JEMPUTAN DAN BERTEMU DENGAN KITA SEMUA. 

SAYA TURUT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA JEMPUTAN KHAS (PENGETUA-PENGETUA), AJK PIBG, IBU-IBU BAPA, DAN SETERUSNYA PENERIMA-PENERIMA HADIAH CEMERLANG AKADEMIK TAHUN 2012.

TUAN-TUAN YANG DIHORMATI,

HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK MERUPAKAN ACARA TAHUNAN DALAM KALENDAR PERSEKOLAHAN. SEBAGAIMAN SEKOLAH-SEKOLAH LAIN, SEKOLAH INI TURUT MENGADAKAN HARI ANUGERAH UNTUK MEMBERIKAN PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK. SETERUSNYA DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN DAPAT MENCABAR NALURI DAN SIKAP POSITIF DALAM SETIAP DIRI PELAJAR SEKOLAH.

DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR-PELAJAR DALAM AKADEMIK, PIHAK SEKOLAH TELAH MENYUSUN STRATEGI DAN PENAMBAHBAIKAN DARI SEMASA KE SEMASA. PIHAK SEKOLAH TELAH DAN AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM PENINGKATAN, ANTARANYA PROGRAM JADUAL ULANG KAJI STRATEGIK (JUS) MULAI BULAN FEBRUARI YANG LALU. SELAIN ITU, PIHAK SEKOLAH JUGA TELAH MENGADAKAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN, GEMPUR SPM DAN GEMPUR PMR PADA MASA YANG AKAN DATANG.

DI BILIK-BILIK DARJAH, PIHAK SEKOLAH TELAH MENETAPKAN MISI SEKOLAH IAITU KECEMERLANGAN BERMULA DI BILIK DARJAH. BERSANDARKAN MISI TERSEBUT, PIHAK SEKOLAH TELAH MENETAPKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN P&P AGAR DAPAT DILAKSANAKAN SECARA OPTIMUM DAN MENYELURUH. UNTUK MENCAPAI HASRAT TERSEBUT, SETIAP PANITIA TELAH DIGERAKKAN AGAR PROGRAM PENINGKATAN YANG DILAKSANAKAN SELARI DENGAN ASPIRASI SEKOLAH, PPD DAN JPN.  

SIDANG HADIRIN SEKALIAN,

KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DALAM APA-APA JUGA PERKARA TIDAK HADIR SECARA BERSENDIRIAN. KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MESTI DISOKONG OLEH PENERAPAN DISIPLIN YANG TINGGI. OLEH ITU PIHAK SEKOLAH TELAH MENGUATKUASAKAN PERATURAN DAN DISIPLIN PELAJAR SEBAGAIMANA YANG DITETAPKAN DALAM BUKU PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH. ANTARANYA IALAH MENETAPKAN ZON MASA TIBA DI PINTU PAGAR SEKOLAH,  MEMANTAU PERGERAKAN PELAJAR  SEMASA PROSES P&P DAN SETERUSNYA MENGADAKAN PROGRAM ZIARAH (OUTRICH) KE RUMAH PELAJAR YANG BERMASALAH SEPERTI PONTENG TEGAR. KESEMUA TINDAKAN YANG DILAKUKAN INI SESUAI DENGAN KEHENDAK KEMENTERIAN PELAJARAN IAITU GURU PENYAYANG DAN MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI RUMAH KEDUA BAGI MEREKA.

AKHIRNYA, SAYA TURUT MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA EN. SAIFUL ADLI B. DATO HJ ARSHAD KERANA SUDI HADIR DAN MERASMIKAN HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK TAHUN 2012. 

KEPADA PIBG, SAYA AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN TUAN-TUAN DALAM MENGGERAKKAN SETIAP PROGRAM SEKOLAH. TANPA SOKONGAN PIBG, AMAT SUKAR PIHAK SEKOLAH MELAKSANAKAN SETIAP AKTIVITI YANG DIRENCANAKAN.

KEPADA PENERIMA-PENERIMA HADIAH CEMERLANG AKADEMIK, SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS. KEJAYAAN ANDA SEKALI GUS KEJAYAAN IBU BAPA DAN KEJAYAAN GURU-GURU YANG MENDIDIK ANDA.  JADIKANLAH KEJAYAAN ANDA ITU SEBAGAI LANDASAN DALAM MENGATUR GERAK, AGAR TERUS GEMILANG DALAM SETIAP TAHAP KEHIDUPAN.

SEKIAN, WABILLAHIT TAUFIK WAL HIDAYAH ASSALAMUALAIKUM…..


Rabu, 28 Disember 2011

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN PK


SEKALUNG BUDI SEUNTAI BAHASA
PENGARAH PELAJARAN PERAK

Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah. S.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buku atur cara sempena Pelancaran Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni serta Program Pembudayaan Adab Peringkat negeri perak Tahun 2005.
Sesungguhnya, program yan dilancarkan pada hari ini memang tepat pada masanya iaitu ketika masyarakat kita pada hari ini tidak putus-putus dilanda krisi nilai dan kian terhakisnya budi bahasa yang menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita. Senario yang membimbangkan terutama yang membabitkan remaja dan pelajar-pelajar sekolah seperti meningkatnya perlakuan jenayah, merebaknya penagihan dadah dan meluasnya gejala sosial tentulah dapat mengeruhkan hubungan interpersonal antara masyarakat dan institusi pendidikan serta menjejaskan iklim persekolahan itu sendiri. Justeru, suatu langkah yang tersusun dan bersepadu perlu digembleng daripada semua pihak agar kelangsungan hidup masyarakat kita dapat dipertahankan dan dilestarikan.
                Dalam konteks pendidikan, keruntuhan nilai dan merosotnya amalan berbudi bahasa akan menjelma berbagai-bagai kemungkinan dan dikhuatiri perjuangan masa depan sesuatu bangsa akan terus digerhanai oleh warisan kepimpinan yang lemah dan menjejaskan usaha kerajaan melahirkan generasi yang bermaruah bagi membangunkan negara bangsa yang bertamadun dan bermartabat.
                Bagi pihak Jabatan Pelajaran Perak, saya mengucapkan syabas dan sekalung tahniah kepada Pejabat Pelajaran Hilir Perak serta pihak-pihak yang telah bertungkus-lumus menggembleng tenaga dan idea dalam menjayakan hasrat dan cita-cita murni ini. Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju malamat yang satu iaitu kecemerlangan ilmu dan keilmuan, kegemilangan wawasan serta keterbilangan peradaban bangsa melampaui zamannya.

Sekian, terima kasih.

Lt. Kolonel Ir. Mohammed Zakaria B. Mohd Noor
PMP., AMN., PPT., PPA.
Pengarah Pelajaran Perak

UCAPAN ALU-ALUAN PPD H.PK


SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK

Terlebih dahulu saya merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana kita dapat dapat berkumpul dan memeriahkan agenda prima iaitu Pelancaran Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni Serta Program Pembudayaan Adab Peringkat Negeri Perak tahun 2005. Dalam kesempatan ruang dan peluang yang ada ini, saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perak kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang murni ini.
                Tidak dapat dinafikan bahawa fenomena keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin pelajar-pelajar akhir-akhir ini membimbangkan semua pihak termasuk ibu bapa. Kebimbangan ibu bapa memang ada asasnya jika dilihat daripada peningkatan jumlah kes pada setiap tahun dan bentuk salah laku yang dilaporkan begitu mengejutkan dan di luar batas kemampuan perlakuan seorang manusia yang masih di bangku sekolah.
                Gejala penagihan dadah, perlakuan vandalisme, gangsterisme, dan jenayah berat yang lain seolah-olah telah menjadi budaya yang sukar dibendung. Pengaruh budaya cosmopolitan natijah daripada percikan globalisasi telah menyebabkan pelajar-pelajar tersasar hala tuju dan tercalar maruah diri. Budaya penyayang dan hormat pada yang tua semakin terhakis, tradisi bantu-membantu pada yang memerlukan, bersyukur dan berterima kasih pada yang memberi sudah tidak dipedulikan dan dipinggirkan. Gaya hidup berpaksikan kemajuan fizikal semata-mata telah mendominasikan seluruh ruang lingkup kehidupan masa kini. Nilai hidup bertunjangkan akar budaya masyarakat tradisi semakin rapuh dan tidak dihargai.
                Pelancaran program sebegini sangat relevan dengan keadaan semasa dan penglibatan semua pihak pastinya dapat mengangkat dan memperkasakan dunia pendidikan dan dapat mengembalikan keluhuran peribadi para pelajar kita.
                Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perak kerana meletakkan kepercayaan pada daerah Hilir perak dalam menunaikan amanah ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak-pihak yang membantu dari segi sumbangan material dan idea bagi menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian dan terima kasih.

Hj. Muhamat Roli B. Hj. Hassan AMP
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak