Rabu, 26 Disember 2012
SEBUAH RUMAH
Sudah sekian lama rumah tua di pinggir bukit
kosong tidak dihuni jaga,
tanpa gelak tawa
dan tangisan anak kecil
tanpa leteran ibu di dapur
tiada lagi suara serak ayah
mengalunkan ayat-ayat suci
dan tiada ucap salam
hidangan selamat malam.
Ke mana perginya ayah bonda
yang mendewasakan rumah kita?
ke mana menghilangnya anak-anak
penerus harapan bonda?
Rumah itu milik kita sebenarnya
berbudi bahasa
berjasa
berbudaya
namun pernahkah kita terfikir
untuk mengucapkan:
terima kasih.
Rumah papan atas rumbia di pinggir bukit
tidak lagi dikenang dan dikunjungi
kerana mereka sudah memiliki rumah baharu
kondominium mewah di puncak bukit.
BERITA MINGGU
8 NOVEMBER 2011
Sabtu, 22 September 2012
UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA.
PADA KESEMPATAN INI SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH KERANA DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA
KATA DALAM BUKU ATUR CARA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK SERI
KANDI. SAYA INGIN MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEPADA ALLAH S.A.W
KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA DAPAT KITA BERTEMU DAN BERKUMPUL PADA HARI YANG
PENUH BERMAKNA INI.
SEBAGAIMANA TAHUN-TAHUN YANG BERLALU, MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN MERUPAKAN AGENDA TAHUNAN SEKOLAH. PROGRAM SEUMPAMA INI DIADAKAN BAGI
MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN KEPADA PARA PELAJAR YANG TELAH MENUNJUKKAN
PENCAPAIAN YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK SAHSIAH, DAN KOKURIKULUM SEKALI
GUS MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI PERINGKAT DAERAH MAHUPUN DI PERINGKAT NEGERI.
SELAKU PENGETUA, SAYA TURUT BERASA BANGGA DENGAN
PENCAPAIAN ANAK TUAN-TUAN. OLEH ITU, TERUSKANLAH KECEMERLANGAN YANG
DICITA-CITAKAN KERANA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN BUKANLAH SUATU DESTINASI
TETAPI SUATU PERJALANAN DAN KEMBARA YANG TIDAK ADA BATAS SEMPADANNYA. MAKSUDNYA,
KECEMERLANGAN HENDAKLAH MENJADI BUDAYA DAN MENDARAH DAGING DALAM SETIAP ASPEK
KEHIDUPAN DAN TIDAK TERHENTI SETELAH KITA MENAMATKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN.
UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN PERLULAH ADA KESEPAKATAN BAK AUR
DENGAN TEBING. DI PERINGKAT SEKOLAH, KITA TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK SELARAS
DENGAN ETIKA DAN PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN. JUSTERU, PERUBAHAN
SIKAP INDIVIDU DAN TINDAK IKUT DARIPADA IBU BAPA, KELUARGA DAN MASYARAKAT AMAT
DIPERLUKAN SUPAYA MATLAMAT PENDIDIKAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI BAGI MENGISI
WAWASAN NEGARA AKAN TERCAPAI.
AKHIRNYA, SEKALUNG PENGHARGAAN TURUT DIUCAPKAN KEPADA
PIBG, DAN IBU BAPA KERANA TIDAK JEMU-JEMU MEMBANTU DARI SEGI MATERIAL DAN
SOKONGAN MORAL HINGGA KITA BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS SEUMPAMA INI. SEGALA
JASA DAN BUDI BAIK TUAN-TUAN HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.
SEKIAN. SAYA SUDAHI DENGAN LAFAZ WABILLAITAUFIQ
WALHIDAYAH. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH.
TERIMA KASIH.
SALAM HORMAT DARIPADA
HJ. ZULKURNAINI HUSSIN
PENGETUA
SMK SERI KANDI
Ucapan perpisahan
SIRIH
BERLIPAT SIRIH PINANG
SIRIH
DARI PULAU MUTIARA
PEMBUKA
KATA SELAMAT DATANG
AWAL
BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis kita dirahati ilahi
YANG BERUSAHA DAN YANG DIRAIKAN – TN
HJ. RADZI BIN ISMAIL
YANG DIHORMATI TN HJ. ZAMHANA BIN HJ
ISMAIL – YDP PIBG SMKSK
TN. HJ. MASRI PEN. YDP
GURU-GURU PENOLONG KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
GURU-GURU DAN SETERUSNYA MURID-MURID
YANG DIKASIHI.
TANAM PISANG BERSAMA CIKU
TANAM BIAR DEKAT-DEKAT
MARILAH KITA MEMOHON RESTU
AGAR MAJLIS MENDAPAT BERKAT
Bagi menambah keberkatan Majlis
kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh USTAZ IMAM SUBUKI
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada ustaz imam subuki atas bacaan doa itu tadi.
Pertemuan berlaku
Di penjuru matamu
Yang ungu lalu membiru
Pertemuan berlalu
Di penjuru dadaku
Yang sayu lalu terharu.
Alhamdulillah, syukur kpd allah
kerana kita diberi kesempatan berkumpul pada pagi ini bagi memberi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd radzi atas khidmat bakti beliau mengemudi
seri kandi selama ……………
Beliau akan berpindah tempat
bertugas tetapi masih di bawah payung yang sama, dan tempat bertugas baru
beliau ialah SMK Khir Johari Sg.Sumun Perak.
Sebagai guru dan murid-murid,
kita akan kehilangan seorang pengetua
yang prihatin yang lowprofile,
Majlis pada pagi ini dimulakan
dengan ucapan wakil pelajar.
Di jemput………………………………………….
Berikut ucapan daripada YDP PIBG,
iaitu ………………………………….
Dengan hormatnya dipersilakan
Kini, tibalah masa yang
ditunggu-tunggu iaitu ucapan daripada tn. Hj. Mohd radzi ismail
Hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada
perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.
Dalam setiap perjalanan kita
merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi masalah
kadang-kaadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita
bergandingan tangan.
Para hadirin sekalian, kita telah
pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Pada kesempatan ini juga, saya ingin
memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Dengan itu, berakhirlah sudah
Majlis kita pada hari ini.
Ahad, 8 April 2012
UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012
UCAPAN ALU-ALUAN HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK TAHUN 2012
YANG MULIA TUAN PENGERUSI MAJLIS,
YANG BERBAHAGIA EN. SAIFUL ADLI BIN DATO HJ.MOHD ARSHAD, AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI
GERAKAN BELIA 4B MSIA, PENGETUA-PENGETUA SMK DAERAH HILIR PERAK, YANG DIHORMATI TN. HJ.
ZAMHANA BIN HJ. ISMAIL PENGERUSI PIBG
SMK SERI KANDI , AJK PIBG, GURU-GURU, IBU-IBU BAPA, SETERUSNYA PELAJAR-PELAJAR PENERIMA-PENERIMA
HADIAH YANG DIKASIHI
ASSALAMUALAIKM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA
DAN SALAM SATU MALAYSIA,
TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA EN. SAIFUL ADLI BIN DATO ARSHAD KERANA SUDI
MELAPANGKAN WAKTU HADIR DALAM MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK TAHUN
2012 PADA PETANG INI. KITA SEDIA MAKLUM
BAHAWA BELIAU MEMPUNYAI MASA YANG TERHAD DAN JADUAL KERJA YANG PADAT, NAMUN
BELIAU MASIH MEMPERUNTUKKAN RUANG UNTUK
MENERIMA JEMPUTAN DAN BERTEMU DENGAN KITA SEMUA.
SAYA TURUT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA JEMPUTAN KHAS (PENGETUA-PENGETUA),
AJK PIBG, IBU-IBU BAPA, DAN SETERUSNYA PENERIMA-PENERIMA HADIAH CEMERLANG
AKADEMIK TAHUN 2012.
TUAN-TUAN YANG DIHORMATI,
HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK
MERUPAKAN ACARA TAHUNAN DALAM KALENDAR PERSEKOLAHAN. SEBAGAIMAN SEKOLAH-SEKOLAH
LAIN, SEKOLAH INI TURUT MENGADAKAN HARI ANUGERAH UNTUK MEMBERIKAN PENGHARGAAN DAN
PENGIKTIRAFAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK. SETERUSNYA
DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN DAPAT MENCABAR NALURI DAN SIKAP POSITIF
DALAM SETIAP DIRI PELAJAR SEKOLAH.
DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN
PELAJAR-PELAJAR DALAM AKADEMIK, PIHAK SEKOLAH TELAH MENYUSUN STRATEGI DAN
PENAMBAHBAIKAN DARI SEMASA KE SEMASA. PIHAK SEKOLAH TELAH DAN AKAN MELAKSANAKAN
PELBAGAI PROGRAM PENINGKATAN, ANTARANYA PROGRAM JADUAL ULANG KAJI STRATEGIK
(JUS) MULAI BULAN FEBRUARI YANG LALU. SELAIN ITU, PIHAK SEKOLAH JUGA TELAH
MENGADAKAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN, GEMPUR SPM DAN GEMPUR PMR PADA MASA YANG
AKAN DATANG.
DI BILIK-BILIK DARJAH, PIHAK
SEKOLAH TELAH MENETAPKAN MISI SEKOLAH IAITU KECEMERLANGAN BERMULA DI BILIK
DARJAH. BERSANDARKAN MISI TERSEBUT, PIHAK SEKOLAH TELAH MENETAPKAN GARIS
PANDUAN PELAKSANAAN P&P AGAR DAPAT DILAKSANAKAN SECARA OPTIMUM DAN
MENYELURUH. UNTUK MENCAPAI HASRAT TERSEBUT, SETIAP PANITIA TELAH DIGERAKKAN
AGAR PROGRAM PENINGKATAN YANG DILAKSANAKAN SELARI DENGAN ASPIRASI SEKOLAH, PPD
DAN JPN.
SIDANG HADIRIN SEKALIAN,
KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DALAM APA-APA JUGA PERKARA TIDAK HADIR SECARA
BERSENDIRIAN. KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MESTI DISOKONG OLEH PENERAPAN DISIPLIN
YANG TINGGI. OLEH ITU PIHAK SEKOLAH TELAH MENGUATKUASAKAN PERATURAN DAN
DISIPLIN PELAJAR SEBAGAIMANA YANG DITETAPKAN DALAM BUKU PERATURAN
DISIPLIN SEKOLAH. ANTARANYA IALAH MENETAPKAN ZON MASA TIBA DI PINTU PAGAR
SEKOLAH, MEMANTAU PERGERAKAN PELAJAR SEMASA PROSES P&P DAN SETERUSNYA MENGADAKAN
PROGRAM ZIARAH (OUTRICH) KE RUMAH PELAJAR YANG BERMASALAH SEPERTI PONTENG
TEGAR. KESEMUA TINDAKAN YANG DILAKUKAN INI
SESUAI DENGAN KEHENDAK KEMENTERIAN PELAJARAN IAITU GURU PENYAYANG DAN
MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI RUMAH KEDUA BAGI MEREKA.
AKHIRNYA, SAYA TURUT MERAKAMKAN
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA EN. SAIFUL ADLI B. DATO HJ
ARSHAD KERANA SUDI HADIR DAN MERASMIKAN HARI ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK TAHUN
2012.
KEPADA PIBG, SAYA AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN TUAN-TUAN DALAM MENGGERAKKAN
SETIAP PROGRAM SEKOLAH. TANPA SOKONGAN PIBG, AMAT SUKAR PIHAK SEKOLAH
MELAKSANAKAN SETIAP AKTIVITI YANG DIRENCANAKAN.
KEPADA PENERIMA-PENERIMA HADIAH
CEMERLANG AKADEMIK, SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS. KEJAYAAN ANDA SEKALI
GUS KEJAYAAN IBU BAPA DAN KEJAYAAN GURU-GURU YANG MENDIDIK ANDA. JADIKANLAH KEJAYAAN ANDA ITU SEBAGAI LANDASAN
DALAM MENGATUR GERAK, AGAR TERUS GEMILANG DALAM SETIAP TAHAP KEHIDUPAN.
SEKIAN, WABILLAHIT TAUFIK WAL
HIDAYAH ASSALAMUALAIKUM…..
Rabu, 28 Disember 2011
UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN PK
SEKALUNG BUDI SEUNTAI BAHASA
PENGARAH PELAJARAN PERAK
Saya ingin memanjatkan kesyukuran
ke hadrat Allah. S.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat saya mencoretkan
sepatah dua kata dalam buku atur cara sempena Pelancaran Kempen Budi bahasa dan
Nilai-Nilai Murni serta Program Pembudayaan Adab Peringkat negeri perak Tahun
2005.
Sesungguhnya,
program yan dilancarkan pada hari ini memang tepat pada masanya iaitu ketika
masyarakat kita pada hari ini tidak putus-putus dilanda krisi nilai dan kian
terhakisnya budi bahasa yang menjadi sebahagian daripada budaya hidup kita.
Senario yang membimbangkan terutama yang membabitkan remaja dan pelajar-pelajar
sekolah seperti meningkatnya perlakuan jenayah, merebaknya penagihan dadah dan
meluasnya gejala sosial tentulah dapat mengeruhkan hubungan interpersonal
antara masyarakat dan institusi pendidikan serta menjejaskan iklim persekolahan
itu sendiri. Justeru, suatu langkah yang tersusun dan bersepadu perlu
digembleng daripada semua pihak agar kelangsungan hidup masyarakat kita dapat
dipertahankan dan dilestarikan.
Dalam
konteks pendidikan, keruntuhan nilai dan merosotnya amalan berbudi bahasa akan
menjelma berbagai-bagai kemungkinan dan dikhuatiri perjuangan masa depan
sesuatu bangsa akan terus digerhanai oleh warisan kepimpinan yang lemah dan
menjejaskan usaha kerajaan melahirkan generasi yang bermaruah bagi membangunkan
negara bangsa yang bertamadun dan bermartabat.
Bagi
pihak Jabatan Pelajaran Perak, saya mengucapkan syabas dan sekalung tahniah
kepada Pejabat Pelajaran Hilir Perak serta pihak-pihak yang telah
bertungkus-lumus menggembleng tenaga dan idea dalam menjayakan hasrat dan
cita-cita murni ini. Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun
dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan
kebijaksanaan menuju malamat yang satu iaitu kecemerlangan ilmu dan keilmuan,
kegemilangan wawasan serta keterbilangan peradaban bangsa melampaui zamannya.
Sekian, terima kasih.
Lt. Kolonel Ir. Mohammed Zakaria
B. Mohd Noor
PMP., AMN., PPT., PPA.
Pengarah Pelajaran Perak
UCAPAN ALU-ALUAN PPD H.PK
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK
Terlebih dahulu saya merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah
s.w.t kerana kita dapat dapat berkumpul dan memeriahkan agenda prima iaitu
Pelancaran Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni Serta Program Pembudayaan
Adab Peringkat Negeri Perak tahun 2005. Dalam kesempatan ruang dan peluang yang
ada ini, saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran
Perak kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada pejabat Pelajaran Daerah
Hilir Perak dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab yang murni ini.
Tidak
dapat dinafikan bahawa fenomena keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin
pelajar-pelajar akhir-akhir ini membimbangkan semua pihak termasuk ibu bapa.
Kebimbangan ibu bapa memang ada asasnya jika dilihat daripada peningkatan
jumlah kes pada setiap tahun dan bentuk salah laku yang dilaporkan begitu
mengejutkan dan di luar batas kemampuan perlakuan seorang manusia yang masih di
bangku sekolah.
Gejala
penagihan dadah, perlakuan vandalisme, gangsterisme, dan jenayah berat yang
lain seolah-olah telah menjadi budaya yang sukar dibendung. Pengaruh budaya
cosmopolitan natijah daripada percikan globalisasi telah menyebabkan
pelajar-pelajar tersasar hala tuju dan tercalar maruah diri. Budaya penyayang
dan hormat pada yang tua semakin terhakis, tradisi bantu-membantu pada yang
memerlukan, bersyukur dan berterima kasih pada yang memberi sudah tidak
dipedulikan dan dipinggirkan. Gaya hidup berpaksikan kemajuan fizikal
semata-mata telah mendominasikan seluruh ruang lingkup kehidupan masa kini.
Nilai hidup bertunjangkan akar budaya masyarakat tradisi semakin rapuh dan
tidak dihargai.
Pelancaran
program sebegini sangat relevan dengan keadaan semasa dan penglibatan semua
pihak pastinya dapat mengangkat dan memperkasakan dunia pendidikan dan dapat
mengembalikan keluhuran peribadi para pelajar kita.
Akhir
kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perak kerana
meletakkan kepercayaan pada daerah Hilir perak dalam menunaikan amanah ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak-pihak yang membantu dari segi
sumbangan material dan idea bagi menjayakan majlis pada hari ini.
Sekian dan terima kasih.
Hj. Muhamat Roli B. Hj. Hassan AMP
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak
Langgan:
Catatan (Atom)