Khamis, 4 September 2014

AYUH KITA BINA LAYAR KEHIDUPAN




Indahnya negeriku
Pelbagai kaum bergandingan
Berpimpinan membawa cabaran
Menggalas amanah bangsa
menuju alaf baru.

Anak-anak kita
Menggenggam erat paksi keramat
cinta nirmala Bercambah
di kalbu Merimbun segar
merendang Redup payung kesejahteraan
Manisnya kehidupan.

Kita tidak pernah bertanya
Dan mempersoal siapa kita
Dan di manakah
Akhirnya perjalanan ini.

Meski kita berbeza watak dan budaya
Masing-masing membawa haluan
Tanpa prasangka gentar di sukma.

Setiap kali kaki melangkah
Membawa cinta dan cita
Melunas misi dan visi negara
Pohon cekal bersemi dalam jiwa kental
Mendewasakan kehidupan.

Dalam memacu negara maju
Tali perpaduan menjadi sandaran
Mengikat keakrapan dan persaudaraan
Memecahkan dinding keegoan
Dari menjalar di horizon kelabu.

Ayuhlah
Anak warga Malaysia
Kita bina benteng keakrapan
Tanpa mengira rupa dan gaya
Ideology dan budaya
Mencorakkan wajah Malaysia
Dengan citra warna sejahtera
Demi tanah air tercinta















DI TEBING SEJARAH PASIR SALAK



Menyelusuri tebing sejarahmu yang panjang
Aku kembali menghitung jejak-jejak saudaraku
Jejak saudara demi ayahanda
Jejak ayahanda membina keluarga
Sakit sehari berabad peritnya.

Di tebing mandian ini
Masih segar terdengar
Jerit pekik saudara-saudaraku
Menyinsing lengan menghunus keris sejarah
Rancak bertingkah menghalau si penjajah
Di wajahmu mengalit keringat dendam menyimbah
Pasir Salak katamu ; bakal menakung darah
Inggeris keparat pasti lari menyerah kalah
Dari keringat nmestapa saudara-saudaraku
Warisan ini Berjaya kita bangunkan
Dari tanah sekepal tumbuh merimbun
Jadi mukim kenyataan
Jadi taman peradaban.

Terima kasih saudara-saudaraku
Keringatmu adalah kewajipan
Air matamu adalah ketulusan
Darahmu adalah harga
sebuah KEMERDEKAAN…

Khamis, 13 Februari 2014




TAJUK: SEJENAK MERENUNG PERJALANAN DIRI

SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN
TIBALAH SAAT DAN KETIKANYA
SAYA MENINGGALKAN KALIAN,
BERAT RASANYA KAKI MELANGKAH PERGI
MENINGGALKAN MURID
DAN TEMAN SEPERJUANGAN.

MELANGKAH KE LUAR JENDELA
AKU MERENUNG SEJENAK NOSTALGIA SILAM
11 TAHUN BUKANLAH LAMA
WAKTU TERLALU CEPAT BERLALU
MEMORI TERINDAH BERSAMA KALIAN
TETAP BERSEMI SELAMANYA.

SELAMA BERSAMA KALIAN,
KITA BERKONGSI PENGALAMAN DAN RASA
MENDIDIK ANAK BANGSA
MERENCANA PEDAGOGI DAN PERANCANGAN STRATEGIK
PETANGNYA MENGHADIRI MESYUARAT DAN AKTIVITI KOKURIKULM
TIDUR BERBANTALKAN FAIL-FAIL
BERSELIMUTKAN KERTAS-KERTAS KERJA
DALAM MEREALISASI SASARAN AKADEMIK.

KENAKALAN DAN KELETAH ANAK-ANAK MURID
MASIH SEGAR BERMAIN-MAIN DALAM KOTAK MINDA
ALANGKAH INDAH SAAT BERSAMA.
BETAPA KUAT DAN GIGIH SEMANGAT RAKAN-RAKAN
MEMBARA TANPA MENGIRA RUANG WAKTU
MENGHAMBUR SEMANGAT
SEDERAP MENGORAK LANGKAH
MENCAPAI ASPIRASI SEKOLAH.

MANISNYA PERJALANAN
ADA MASA-MASANYA KITA
BERMASAM MUKA
ADA KETIKANYA KITA TAK SEIRINGAN
TAPI KITA MASIH MAMPU BERGANDING TANGAN.
KENAKALAN ANAK-ANAK
SERING MEMBUAT JIWA JADI KACAU.
TAPI SEBENARNYA
MENDEWASAKAN PENGALAMAN
DAN MEMATANGKAN FIKIRAN.

MELEBIHI 3 DEKAD
MENEBAR BAKTI MENGGALAS AMANAH DIBERI
SEGALA PUJIAN DAN SANJUNGAN
HANYA TERIMA KASIH YANG DAPAT DIDIUCAPKAN
MOGA KITA KETEMU DALAM MAJLIS LAIN
MOGA KITA DIBERKATI SEGALA PEKERJAAN
SIHAT TUBUH BADAN
DAN DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN
SEBELUM DIPANGGIL PULANG
KE PERKAMPUNGAN ABADI.


MAJLIS PERPISAHAN
SUTERA BAYU 
12 FEBRUARI 2014

Rabu, 26 Disember 2012


SEBUAH RUMAH

Sudah sekian lama rumah tua di pinggir bukit
kosong tidak dihuni jaga,
tanpa gelak tawa
dan tangisan anak kecil
tanpa leteran ibu di dapur
tiada lagi suara serak ayah
mengalunkan ayat-ayat suci
dan tiada ucap salam
hidangan selamat malam.

Ke mana perginya ayah bonda
yang mendewasakan rumah kita?
ke mana menghilangnya anak-anak
penerus harapan bonda?

Rumah itu milik kita sebenarnya
berbudi bahasa
berjasa
berbudaya
namun pernahkah kita terfikir
untuk mengucapkan:
terima kasih.

Rumah papan atas rumbia di pinggir bukit
tidak lagi dikenang dan dikunjungi
kerana mereka sudah memiliki rumah baharu
kondominium mewah di puncak bukit.


BERITA MINGGU
8 NOVEMBER 2011


Sabtu, 22 September 2012

UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG




SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

PADA KESEMPATAN INI SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KERANA DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA DALAM BUKU ATUR CARA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK SERI KANDI. SAYA INGIN MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEPADA ALLAH S.A.W KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA DAPAT KITA BERTEMU DAN BERKUMPUL PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI.

SEBAGAIMANA TAHUN-TAHUN YANG BERLALU, MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MERUPAKAN AGENDA TAHUNAN SEKOLAH. PROGRAM SEUMPAMA INI DIADAKAN BAGI MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN KEPADA PARA PELAJAR YANG TELAH MENUNJUKKAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK SAHSIAH, DAN KOKURIKULUM SEKALI GUS MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI PERINGKAT DAERAH MAHUPUN DI PERINGKAT NEGERI.

SELAKU PENGETUA, SAYA TURUT BERASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAK TUAN-TUAN. OLEH ITU, TERUSKANLAH KECEMERLANGAN YANG DICITA-CITAKAN KERANA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN BUKANLAH SUATU DESTINASI TETAPI SUATU PERJALANAN DAN KEMBARA YANG TIDAK ADA BATAS SEMPADANNYA. MAKSUDNYA, KECEMERLANGAN HENDAKLAH MENJADI BUDAYA DAN MENDARAH DAGING DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN DAN TIDAK TERHENTI SETELAH KITA MENAMATKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN.

UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN PERLULAH ADA KESEPAKATAN BAK AUR DENGAN TEBING. DI PERINGKAT SEKOLAH, KITA TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK SELARAS DENGAN ETIKA DAN PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN. JUSTERU, PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU DAN TINDAK IKUT DARIPADA IBU BAPA, KELUARGA DAN MASYARAKAT AMAT DIPERLUKAN SUPAYA MATLAMAT PENDIDIKAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI BAGI MENGISI WAWASAN NEGARA AKAN TERCAPAI.

AKHIRNYA, SEKALUNG PENGHARGAAN TURUT DIUCAPKAN KEPADA PIBG, DAN IBU BAPA KERANA TIDAK JEMU-JEMU MEMBANTU DARI SEGI MATERIAL DAN SOKONGAN MORAL HINGGA KITA BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS SEUMPAMA INI. SEGALA JASA DAN BUDI BAIK TUAN-TUAN HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.

SEKIAN. SAYA SUDAHI DENGAN LAFAZ WABILLAITAUFIQ WALHIDAYAH. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH.

TERIMA KASIH.

SALAM HORMAT DARIPADA

HJ. ZULKURNAINI HUSSIN
PENGETUA
SMK SERI KANDI




Ucapan perpisahan



SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG
SIRIH DARI PULAU MUTIARA
PEMBUKA KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis kita dirahati ilahi

YANG BERUSAHA DAN YANG DIRAIKAN – TN HJ. RADZI BIN ISMAIL
YANG DIHORMATI TN HJ. ZAMHANA BIN HJ ISMAIL – YDP PIBG SMKSK
TN. HJ. MASRI PEN. YDP
GURU-GURU PENOLONG KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
GURU-GURU DAN SETERUSNYA MURID-MURID YANG DIKASIHI.
TANAM PISANG BERSAMA CIKU
TANAM BIAR DEKAT-DEKAT
MARILAH KITA MEMOHON RESTU
AGAR MAJLIS MENDAPAT BERKAT

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh USTAZ IMAM SUBUKI

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ustaz imam subuki atas bacaan doa itu tadi.


Pertemuan berlaku
Di penjuru matamu
Yang ungu lalu membiru

Pertemuan berlalu
Di penjuru dadaku
Yang sayu lalu terharu.



Alhamdulillah, syukur kpd allah kerana kita diberi kesempatan berkumpul pada pagi ini bagi memberi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd radzi atas khidmat bakti beliau mengemudi seri kandi selama ……………
Beliau akan berpindah tempat bertugas tetapi masih di bawah payung yang sama, dan tempat bertugas baru beliau ialah SMK Khir Johari Sg.Sumun Perak.
Sebagai guru dan murid-murid, kita akan kehilangan seorang pengetua  yang prihatin yang lowprofile,


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan wakil pelajar.
Di jemput………………………………………….

Berikut ucapan daripada YDP PIBG, iaitu ………………………………….
Dengan hormatnya dipersilakan

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan daripada tn. Hj. Mohd radzi ismail
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.

Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa
Kita banyak berkongsi masalah
  kadang-kaadang kita tak sehaluan
Tapi lebih banyak kita bergandingan tangan.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pada kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang  mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.