Sabtu, 22 September 2012

UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG




SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

PADA KESEMPATAN INI SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KERANA DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA DALAM BUKU ATUR CARA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG PELAJAR SMK SERI KANDI. SAYA INGIN MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KEPADA ALLAH S.A.W KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA DAPAT KITA BERTEMU DAN BERKUMPUL PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI.

SEBAGAIMANA TAHUN-TAHUN YANG BERLALU, MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MERUPAKAN AGENDA TAHUNAN SEKOLAH. PROGRAM SEUMPAMA INI DIADAKAN BAGI MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN KEPADA PARA PELAJAR YANG TELAH MENUNJUKKAN PENCAPAIAN YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK SAHSIAH, DAN KOKURIKULUM SEKALI GUS MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI PERINGKAT DAERAH MAHUPUN DI PERINGKAT NEGERI.

SELAKU PENGETUA, SAYA TURUT BERASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAK TUAN-TUAN. OLEH ITU, TERUSKANLAH KECEMERLANGAN YANG DICITA-CITAKAN KERANA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN BUKANLAH SUATU DESTINASI TETAPI SUATU PERJALANAN DAN KEMBARA YANG TIDAK ADA BATAS SEMPADANNYA. MAKSUDNYA, KECEMERLANGAN HENDAKLAH MENJADI BUDAYA DAN MENDARAH DAGING DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN DAN TIDAK TERHENTI SETELAH KITA MENAMATKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN.

UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN PERLULAH ADA KESEPAKATAN BAK AUR DENGAN TEBING. DI PERINGKAT SEKOLAH, KITA TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK SELARAS DENGAN ETIKA DAN PIAGAM PELANGGAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN. JUSTERU, PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU DAN TINDAK IKUT DARIPADA IBU BAPA, KELUARGA DAN MASYARAKAT AMAT DIPERLUKAN SUPAYA MATLAMAT PENDIDIKAN UNTUK MELAHIRKAN GENERASI BAGI MENGISI WAWASAN NEGARA AKAN TERCAPAI.

AKHIRNYA, SEKALUNG PENGHARGAAN TURUT DIUCAPKAN KEPADA PIBG, DAN IBU BAPA KERANA TIDAK JEMU-JEMU MEMBANTU DARI SEGI MATERIAL DAN SOKONGAN MORAL HINGGA KITA BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS SEUMPAMA INI. SEGALA JASA DAN BUDI BAIK TUAN-TUAN HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.

SEKIAN. SAYA SUDAHI DENGAN LAFAZ WABILLAITAUFIQ WALHIDAYAH. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH.

TERIMA KASIH.

SALAM HORMAT DARIPADA

HJ. ZULKURNAINI HUSSIN
PENGETUA
SMK SERI KANDI




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan